Connect with us

Oh! Media

‘Bagi Saya Ruang’ – Respon Neelofa Dakwaan Langgar SOP

Lofa Om

Oh! Artis

‘Bagi Saya Ruang’ – Respon Neelofa Dakwaan Langgar SOP

Baru sahaja berkahwin, pasangan pengantin baru, Neelofa dan PU Riz terpalit kontroversi apabila didakwa melanggar prosedur operasi standart (SOP). Susulan itu, pihak polis sudah membuka kertas siasatan untuk menyiasat majlis perkahwinan dan kegiatan ‘santai’ yang dilakukannya di Pulau Langkawi.

BACA: “Bertenang Semua Di Luar Sana” – Neelofa Perjelas Tujuan Ke Langkawi

Menerusi sesi temuramah bersama media, Neelofa memohon diberikan ruang untuk menyelesaikan perkara ini secara profesional tanpa campur tangan orang yang tidak berkenaan.

IKLAN

Saya nak minta rakan media untuk berikan ruang supaya saya boleh selesaikan hal ini professionally bersama pihak yang berkenaan. Itu je saya nak mintak. Saya tak nak ulas panjang-panjang, saya tak nak memudaratkan keadaan.

Mengenai siasatan polis pula, Neelofa memaklumkan dia tidak perlu menerangkan secara terperinci kes ini kepada semua pihak. Sebaliknya, dia memilih untuk menyelesaikan isu dengan caranya tersendiri.

Ketika ditanya mengenai lawatan ke Langkawi, Neelofa menjelaskan dia mempunyai perancangan kerja lebih sebulan atau dua bulan. Semuanya tidak dilakukan on the spot. Dia juga tidak perlu menerangkan satu persatu sebab mengapa melakukan perkara itu.

Malah, ketika menjawab pertanyaan media mengenai siasatan Ketua Polis Negara berhubung perlanggaran SOP, Neelofa menegaskan akan menangani isu secara profesional.

Kredit: Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas