Connect with us

Oh! Media

Guru ‘Hempas’ Murid Diambil Tindakan, Henti Kerja Serta Merta

Cikgu

Trending

Guru ‘Hempas’ Murid Diambil Tindakan, Henti Kerja Serta Merta

Media sosial hari ini kecoh apabila tular sebuah video menunjukkan seorang tenaga pengajar memarahi murid dengan kasar. Menerusi video rakaman berdurasi 11 saat, wanita tersebut dilihat menolak seorang murid sehingga terjatuh ke lantai.

BACA: (Video) Berang Dengan Murid, Guru Tergamak Campak Murid Macam Sampah

Sejurus video tersebar, seorang lelaki bergegas ke sekolah untuk memeriksa keadaan anak yang turut sama belajar di tempat kejadian.

IKLAN

Katanya, pihak sekolah telah membuat laporan polis dan tindakan sewajarnya akan diambil. Difahamkan, guru tersebut juga telah diberhentikan serta merta.

Katanya dari pihak sekolah tersebut.. cikgu itu akan diambil tindakan sewajarnya dan akan diberhenti bekerja serta merta dan report polis telah dibuat.Nk jumpa cikgu tu dah takde.. dah tak dibenarkan mengajar serta merta.. kejadian berlaku semalam. Cuma apa yg saya lihat pihak sekolah terutama pengetua sekolah amat amat ambil serius tentang perkara ini sbb cikgu tu bukan mengajar tetap.. hanya cikgu praktikal..

Menerusi hantaran Facebook yang dibuat Sheikh Al-Fariq, pengetua sekolah memaklumkan pihaknya sentiasa berpesan kepada guru supaya mengawal emosi semasa mengajar. Katanya lagi, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sejak sekolah mula beroperasi 30 tahun lalu.

Kredit: Sheikh Al Fariq

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas