Connect with us

Oh! Media

(Video) Berang Dengan Murid, Guru Tergamak Campak Murid Macam Sampah

03ba5f1d ea8b 4fa4 bc51 1bbf300935b0

Trending

(Video) Berang Dengan Murid, Guru Tergamak Campak Murid Macam Sampah

Islam meletakkan penghormatan tinggi kepada profesion perguruan. Seorang guru dari kaca mata Islam merupakan pendidik, penyampai yang benar, murabbi (pengasuh dan pendidik dengan kasih sayang), muaddib (pembentuk adab dan akhlak) dan mursyid (pembimbing ke arah kebaikan).

Selain ibu bapa, guru juga harus sedar bahawa seorang anak itu adalah amanah titipan dari Tuhan. Jadi, tidak seharusnya wujud istilah anak kandung dan anak tiri ketika mengajar.

Namun luluh hati kami setelah melihat satu rakaman video yang telah dikongsikan oleh laman Facebook My Kuala Langat pada pagi tadi.

IKLAN

Video berdurasi 11 saat itu telah memaparkan situasi sebuah sekolah tadika di mana seorang kanak-kanak telah dimarahi oleh salah seorang tenaga pengajar disitu.

Malah lebih mengejutkan apabila rakaman video itu telah memaparkan aksi seorang wanita dewasa yang dipercayai tenaga pengajar di tadika itu mengangkat dan mencampak seorang kanak-kanak sehingga terjatuh ke lantai.

Wanita itu juga dikatakan sempat memarahi kanak-kanak itu sebelum berlalu pergi setelah pelajar cilik itu terjatuh kerana dicampak.

Video itu pada mulanya telah dikongsikan oleh seorang individu di group FB Penduduk Jalan Kebun, Klang.

Rata-rata warganet yang melihat juga telah meluahkan rasa berang dan tidak puas hati dengan tindakan wanita tersebut yang telah bertindak kasar dan melakukan kekerasan kepada kanak-kanak itu.

Rakaman video yang dikongsikan di laman FB My Kuala Langat.

Mereka juga berharap agar pihak berkuasa membuat siasatan dan mengambil tindakan diatas kejadian ini kerana bimbang keselamantan pelajar-pelajar lain di tadika tersebut.

Kredit: My Kuala Langat

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas