Connect with us

Oh! Media

Ibu Terbuka Hati Daftar Vaksin Covid-19 Lepas Tengok Forum Perdana Ehwal Islam

Forum Perdana Ehwal Islam

Oh! Islam

Ibu Terbuka Hati Daftar Vaksin Covid-19 Lepas Tengok Forum Perdana Ehwal Islam

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ada berkongsi di akaun Twitter miliknya mengenai Forum Perdana Ehwal Islam dengan tajuk ‘Vaksin: Cegah sebelum kalah’ di sebuah rancangan televisyen.

Selepas rancangan itu berakhir, ramai individu bagi feedback yang positif berhubung dengan program tersebut termasuklah seorang individu dengan nama akaun Zulhafidz Yahaya yang berkongsi kisahnya di Facebook menceritakan ibunya ingin menerima vaksin Covid-19.

Umum mengetahui segelintir individu mengatakan yang vaksin Covid-19 ialah satu konspirasi. Jadi, ramai yang kurang pencerahan tentang hal ini dan menentang untuk menerima vaksin Covid-19.

IKLAN
Hatyai

Pun begitu, lelaki ini berkongsi kisahnya dimana ibunya ingin menerima suntikan vaksin Covid-19 selepas mendengar penjelasan dan pencerahan daripada panel-panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam.

Dia berkata, ibunya telah mendaftar vaksin Covid-19 di aplikasi Mysejahtera yang dibantu oleh adik bongsunya.

“Pagi ni call mak, dengan yakinnya mak kata, tak sabar nak cucuk vaksin”

Pada awalnya ibunya tidak percaya dengan vaksin Covid-19 kerana ada individu yang mengatakan ianya cuma sesuatu agenda, jadi ibunya takut untuk mengambil suntikan vaksin itu.

Bagi lelaki ini, Forum Perdana Ehwal Islam memang medium yang berkesan sejak dulu lagi untuk menyampaikan apa-apa yang bermanfaat kepada orang ramai.

Golongan yang kurang mahir dengan aplikasi masa kini seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram kurang mendapat info yang mendalam tapi dengan adanya forum ini dapat sedikit sebanyak untuk menambah pengetahuan mereka.

Kredit : Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh!Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas