Connect with us

Oh! Media

‘Pemilik Kereta Tayar ‘Kepak’ Boleh Didenda Ribuan Ringgit Atau Dipenjarakan’ – PDRM

C0829137 49b2 4ab8 9687 0d9e665e6cb4

Oh! Gear

‘Pemilik Kereta Tayar ‘Kepak’ Boleh Didenda Ribuan Ringgit Atau Dipenjarakan’ – PDRM

Bagi sesiapa yang gemar untuk mengubah suai kereta lagi-lagi menggunakan tayar ‘hellaflush’, sebaiknya untuk tidak berbuat hal sedemikian.

Terbaharu, menerusi akaun Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan berhubung kepada sesiapa sahaja yang mengubah suai kereta dengan menggunakan tayar ‘hellaflush’.

Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang mengubah suai kereta jika masih menggunakan tayar ‘hellaflush’.

IKLAN

Hal ini demikian kerana, hal tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi. Ini juga akan memberi risiko kepada pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

Denda boleh dikenakan tidak melebihi RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan jika disabitkan kesalahan.

Pemilik-pemilik kereta dinasihatkan untuk tidak mengubah suai kenderaan masing-masing sehingga melanggar undang-undang sebagai pengguna jalan raya.

Kredit: Facebook Polis Diraja Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas