Connect with us

Oh! Media

‘Apa Rasanya Kalau Orang Cakap Buruk Pasal Ibu Kamu?’ – Kavitha Sidhu

Kavitha Sidhu

Oh! Artis

‘Apa Rasanya Kalau Orang Cakap Buruk Pasal Ibu Kamu?’ – Kavitha Sidhu

Tindakan melampau seorang pengguna Twitter mempersendakan wajah pelakon veteran Norlia Ghani ketika memuji penampilan Kavitha Sidhu undang kecaman orang ramai.

BACA: ‘Tak Jadi Kudis Pun’ – Dipersenda Di Twitter, Norlia Ghani Tak Mahu Ambil ‘Port’

Netizen beranggapan wanita berusia seperti Norlia Ghani perlu dihormati dan tidak sewenang-wenangnya diperlekehkan. Walau bagaimanapun, Norlia Ghani ketika dihubungi Berita Harian tidak mahu mengambil ‘port’ isu tersebut.

IKLAN

Tidak hanya mendiamkan diri, pelakon Pontianak Harum Sundal Malam, Kavitha Sidhu turut berasa sedih apabila mengetahui bintang senior itu dipersendakan.

Kavitha sidhu

Katanya, kita hendaklah sentiasa berbuat baik dan jangan sesekali merendahkan orang lain. Dia mohon Puan Norlia Ghani dihormati sebagai seorang senior, bintang filem veteran dan ibu kepada seseorang.

Dia turut mempersoalkan apa yang dirasa sekiranya ada yang berkata buruk mengenai ibu, makcik dan rakan-rakan kita. Dia mohon individu tersebut menjaga kata-kata tambahan pula Puan Norlia Ghani adalah ibu kepada rakannya sendiri.

Whatsapp image 2021 01 20 at 94430 am

Kredit: Kavitha Sidhu

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas