Connect with us

Oh! Media

Ismail Sabri Difitnah Langgar SOP? Ini Penjelasan Beliau …

Ismail Sabri

Oh! Negara

Ismail Sabri Difitnah Langgar SOP? Ini Penjelasan Beliau …

Viral di media sosial gambar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kononnya telah langgar SOP kerana tak jaga social distancing dan tak pakai mask sewaktu lawatan rasminya di Melaka. Eh, betul ke Datuk Seri?

Beliau yang membuat lawatan kerja ke negeri itu Sabtu lalu telah didakwa netizen melanggar SOP bersama Ketua Menteri Melaka, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan beberapa lagi individu yang lain. Alahai, hari-hari Datuk Seri ingatkan orang untuk patuh SOP, takkan Datuk Seri pun sama dua kali lima?

Photo6210541664162916963

Tapi, menurut postingnya di Facebook, itu semua hanya fitnah semata! Gambar yang orang dok sibuk viralkan dekat social media tu sebenarnya diambil dari angle yang nampak seolah-olah tiada penjarakan sosial. Tak cukup dengan itu, Ismail Sabri turut upload gambar sebenar untuk buktikan yang beliau memang tak bersalah.

IKLAN
Photo6210541664162916962

“Yang jahatnya, mereka menunjukkan gambar dari sisi bagi menunjukkan kedudukan kami tanpa penjarakan. Namun, inilah gambar sebenarnya. Semoga Allah SWT membuka hati mereka ini supaya tidak lagi membuat fitnah kepada sesiapa jua selepas ini.” – katanya.

Haa, apa macam? Kalau ikutkan, isu ini memang mengundang kemarahan netizen. Ikutkan sekarang pun masih ramai lagi yang tak puas hati walaupun beliau dah cerita hal sebenar. Yelah, hari-hari ingatkan semua masyarakat untuk ikut SOP dekat TV, tup tup Datuk Seri buat juga? Mana adil!

Photo6210541664162916960
Photo6210541664162916958
Photo6210541664162916959

Jadi, korang nilailah sendiri sama ada dakwaan yang diberikan netizen betul ke tak. Ismail Sabri pun dah beri statement dari pihak beliau sendiri. Terpulanglah pada korang sama ada nak terima atau tak. Yang penting ohmedia nak ingatkan, biarlah orang lain nak buat apa pun, asalkan diri kita sendiri ikut SOP. Jangan buat sebab orang, buat untuk kebaikan kita sendiri, okay?

Kredit: Facebook Ismail Sabri

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas