Connect with us

Oh! Media

Kakitangan Perubatan Jatuh & Tercampak Jantung Dalam Nahas Heli Kemudian…

Ohmedia jantung

Trending

Kakitangan Perubatan Jatuh & Tercampak Jantung Dalam Nahas Heli Kemudian…

Ajaib! Itulah apa yang kami dapat katakan apabila organ jantung yang tercampak keluar selepas sebuah helikopter terhempas di atas bumbung hospital dikatakan masih berdenyut dan boleh digunakan.

Kejadian yang berlaku di Hospital Keck, Los Angeles itu sebelum ini melaporkan sebuah helikopter yang membawa jantung yang didermakan seorang telah hilang kawalan ketika sedang mendarat di atas helipad bumbung hospital.

Anggota bomba kemudian dilihat mengambil jantung yang tercampak keluar dan menyerahkannya kepada kakitangan perubatan.

IKLAN

Bagaimanapun, kakitangan perubatan itu pula tiba-tiba terjatuh sebab terpijak serpihan helikopter dan jantung itu tercampak ke lantai sekali lagi.

Macam dalam filem, kakitangan lain bergegas mendapatkan organ terbabit dan terus ke bilik pembedahan untuk diberikan kepada penerima jantung.

Pihak hospital memaklumkan proses pemindahan jantung berjaya dan pesakit dalam keadaan stabil.

Bila ajal belum tiba, berlakulah apa masalah sekalipun, kita tetap akan hidup. Apa-apapun punca kejadian helikopter terhempas masih dalam siasatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas