Connect with us

Oh! Media

“Saya Tegur Kerana Keputusan Dicapai KPM Adalah Pada Minit Terakhir” – Syed Saddiq

Syed Saddiq

Trending

“Saya Tegur Kerana Keputusan Dicapai KPM Adalah Pada Minit Terakhir” – Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah membuat satu surat terbuka kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berikutan keputusan menutup seluruh sekolah di Malaysia yang telah diumumkan hanya dalam masa sehari. 

Menurut Syed Saddiq, beliau sedar tindakan yang dah pun diambil KPM adalah untuk kebaikan warga sekolah sendiri supaya tak terdedah dengan risiko penularan wabak. Tapi, last minute decision yang dilakukan oleh pihak KPM dirasakan adalah sangat tidak wajar.

Bagi Syed Saddiq, ada banyak faktor yang perlu diperhalusi oleh KPM sebelum buat keputusan secara mengejut macam tu. Antara yang disebut, bagaimana dengan nasib pelajar yang kurang mampu untuk belajar di rumah, hala tuju pelajar yang mengambil peperiksaan penting, dan juga nasib pengusaha kantin dan bas sekolah yang terus hilang sumber pendapatan.

IKLAN

Yelah, pandemik ni pun bukannya baru je berlaku. Sebelum ni pun, sekolah dah pernah ditutup dan dah pun dibuka semula. Sepatutnya, pihak kerajaan dah ada backup plan untuk bantu warga sekolah dan ibu bapa sekiranya masalah kes meningkat berlaku lagi. 

Syed Saddiq pun ada berikan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh KPM. Antaranya, mungkin pihak KPM boleh benarkan pelajar yang ambil peperiksaan sahaja pergi sekolah. Dan juga, bantuan kewangan segera pada pelajar yang kurang mampu.

Jadi, kita tunggu dulu response yang diberi oleh KPM. Apa-apapun, suka tengok orang atasan saling bertukar pandangan walaupun bukan dalam ‘team’ yang sama. Bagus lah macam tu, tak kisah lah YB dari kerajaan atau pembangkang, yang penting nasib rakyat memang perlu diutamakan. 

Kredit: malaysiakini

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas