Connect with us

Oh! Media

CCTV Kantoikan Toyol Dewasa

9eddbdc1 8ea9 42fc 99e5 7ee999e848f0

Trending

CCTV Kantoikan Toyol Dewasa

Cerita pagi tadi di Seberang Perai, polis berjaya menahan seorang lelaki yang dikatakan penganggur yang aktif kerana memecahkan tabung masjid.

Lelaki berusia 20 tahun yang dikatakan telah berumahtangga itu telah ditahan di sebuah rumah di Taman Haji Md Amin, Permatang Pauh, awal pagi tadi.

Dia ditahan pada pukul 12.15 tengah malam semalam, selepas laporan dibuat oleh jawatankuasa Masjid Pongsu Seribu, apabila mereka menemui beberapa peralatan dan pita pelekat.

IKLAN

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ahli kariah telah menjumpai beberapa peralatan bersama pita pelekat semasa mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan masjid kira-kira 10 pagi Jumaat lalu.

Mereka percaya yang peralatan dan pita pelekat yang dijumpai itu digunakan untuk mencuri duit tabung di ruang solat tambahan pula kejadian macam itu sudah pun beberapa kali terjadi.

2f680704 f734 4eed ae78 b4b860a47a13

Mereka ada tengok rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari itu dan didapati ada imej seorang lelaki yang menunggang motosikal masuk ke dalam kawasan masjid. – Katanya.

Menurutnya, selepas lelaki itu masuk ke dalam masjid dia dilihat telah mencuri duit tabung dengan cara memancing menggunakan pelekat dari dua tabung sebelum melarikan diri.

Hasil maklumat yang diterima, polis berjaya menjejaki keberadaan suspek dan membuat tangkapan ke atas lelaki itu dalam Op Cantas Khas.

Dalam serbuan itu, polis merampas motosikal yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan jenayah, dawai, pakaian, selipar dan serangkai kunci juga turut dirampas.

Hasil soal siasat, suspek mengaku telah melakukan kegiatan itu secara berseorangan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – Kata Noorzainy.

Pihaknya dikatakan turut berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes kecurian tabung masjid di daerah itu dengan tertangkapnya lelaki terbabit.

Alahai, sia-sia je hidup kena tangkap sebab mencuri tabung masjid. Dah beristeri pun sanggup buat kerja terkutuk macam tu. Betul la orang kata, kerja ni ada je dekat mana-mana kalau kita usaha, antara malas atau tak je.

Kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas