Connect with us

Oh! Media

Rossa Akui Sudah Ada Kekasih

ohmedia rossajpg

Oh! Artis

Rossa Akui Sudah Ada Kekasih

Siapa jer tak kenal penyanyi Ayat-Ayat Cinta, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai Rossa berusia 42 tahun itu pernah digosipkan beberapa kali bercinta dengan Afgan sebelum ini.

Ohmedia ingatkan diorang betul-betul bercinta sampai didakwa nak berkahwin dah. Rupa-rupanya diorang hanya berkawan baik jer gais! Mesti korang pun tak sangka kan?

Menurut laporan Harian Metro, Rossa memberitahu bahawa dia kini sudah mempunyai kekasih hati. Pendedahan itu telah dibuat menerusi program Di Balik Pintu yang dimuatnaik di saluran Youtube Boy William semalam.

IKLAN

Tak solo lagi. Saya sedang berkawan dengan seseorang. Saya gembira sekarang. Sebelum ini saya pernah memuatnaik gambar bersama pelakon Korea Selatan, Kim Sooh Hyun yang disunting oleh rakan. Gambar itu memaparkan Kim memakai baju pengantin tradisional Jawa, begitu juga saya. Anak menulis di ruangan komen mengatakan dia akhirnya mempunyai bapa baru. Dia okay kalau saya berkahwin lagi. Dia cakap, apa yang penting saya gembira.

Untuk pengetahuan, Rossa pernah berkahwin dengan anggota band Padi yang bernama Yoyo dan bercerai pada Julai 2009. Mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki, Rizki Langit Ramadhan yang kini berusia 14 tahun.

OHMEDIA: SEMOGA ADA JODOH!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas