Connect with us

Oh! Media

Angelina Jolie Monoposkan Diri Sendiri Untuk Elak Kanser

anak angelina joliejpg

Umum

Angelina Jolie Monoposkan Diri Sendiri Untuk Elak Kanser

Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie mengumumkan bahawa beliau telah menjalani pembedahan memonoposkan diri sendiri dengan membuang ovari dan tiup fallipio untuk memgelakkan penyakit kanser.

Angelina berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana mempunyai risiko besar untuk mengidap penyakit itu kerana ibu, nenek dan ibu saudaranya turut meninggal dunia akibat penyakit tersebut.


“Saya bukan sengaja melakukan pembedahan ini, tetapi disebabkan saya pembawa gen mutasi BRCA1 dan saya mahu wanita lain tahu mengenai perkara ini. Namun begitu, jika anda positif ujian BRCA tidak semestinya perlukan pembedahan.

“Dalam kes saya, semua doktor yang saya temui bersetuju bahawa pembedahan untuk membuang tiub dan ovari adalah pilihan terbaik ini kerana tiga wanita dalam keluarga saya telah meninggal dunia akibat kanser,” tulis Jolie dalam artikel tersebut.


IKLAN

Doktor menasihatkan beliau membuat pembedahan sedekad sebelum mencapai usia ahli keluarga lain yang mendapat kanser.

“Kanser ovari Ibu saya telah didiagnosis ketika dia berusia 49. Saya kini berumur 39,” kata Jolie.

Menurut Jolie lagi, doktor mengesahkan keputusan ujian darah beliau mempunyai beberapa tanda wujudnya radang yang tinggi dan ia menjadi tanda awal kanser dan telah dinasihat untuk membuat pembedahan segera.

OHMEDIA: Statistik semakin ramai wanita disahkan penghidap penyakit kanser. Semoga lebih berhati-hati dan mengamalkan pencegahan awal.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas