Umum
Isu Sindir Datuk Vida: Fizo Omar Mohon Maaf


Berdasarkan kenyataan itu, ramai pengikut media sosial membuat andaian Fizo tidak suka aksi Datuk Seri Vida yang dikatakan berlebihan ketika muncul dalam rancangan tersebut.
Bagaimana pun menerusi laman sosial miliknya, Fizo sendiri telah menjelaskan status yang dimuat naik malam semalam tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
“Tahniah diucapkan kepada semua pemenang #gegarvaganza musim kedua dan juga penaja utama serta pihak Astro di atas kejayaan menganjurkan program yang menjadi satu fenomena.
“Sebelum itu saya memohon maaf berbanyak kemaafan seandainya twit saya malam tadi membuat ada pihak yang tidak selesa, namun sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan mana-mana individu yang terlibat seperti yang telah menjadi viral. Dengan rendah diri saya memohon kemaafan di atas kekhilafan ini,” tulis Fizo.
Tidak kurang juga ada pihak yang turut mewujudkan sentiment kenegerian berikutan kedua-duanya berasal dari Kelantan.
Mungkinkah jenama Fizo Omar atau isterinya akan menjadi penaja program tersebut untuk tahun hadapan?

