Connect with us

Oh! Media

Ary Malik Meninggal Dunia Akibat Kanser Ovari

ohmedia ary malik meninggalduniajpg

Umum

Ary Malik Meninggal Dunia Akibat Kanser Ovari

Pelakon dan pengacara, Ary Malik, 46, atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik meninggal dunia kira-kira pukul 7.17 petang tadi.

Beliau meninggal dunia di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat yang dihidapinya.

Menurut rakan baik keluarganya yang dikenali sebagai Sam, Ary menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, dan tiga orang anaknya, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

IKLAN

Penyakit Ary mula dikesan sejak setahun lalu dan sudah menjalani pembedahan pada bulan Mei lepas di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju, di sini.

Ary dimasukkan ke Hospital Ampang pada minggu lalu selepas Shahrul Nizam mendapati keadaaan kesihatan isterinya semakin lemah dan tidak stabil serta tidak sedarkan diri setelah dua hari berada di dalam wad.

Pada era 1990-an, Ary dikenali dek kepetahannya mengacarakan program hiburan popular iaitu MTV serta Muzik-Muzik. Dia juga pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012 dan layak sehingga ke peringkat akhir.

 Kredit: Utusan Malaysia

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas