Connect with us

Oh! Media

Hilang Tawaran Kerana Berhijab, Tak Patahkan Semangat Ardell Aryana Terus Istiqomah

screen2bshot2b2018 01 262bat2b1147342bampng

Umum

Hilang Tawaran Kerana Berhijab, Tak Patahkan Semangat Ardell Aryana Terus Istiqomah

Daripada imej berambut pendek hingga dilabel sebagai pengkid, pelakon comel Ardell Aryana kini tampil dengan imej baru yang lebih sopan dan berhijab.

Penghijrahan yang mendadak itu mengejutkan ramai pihak namun dalam masa yang sama gembira serta mendoakan perjalanan hijrahnya dipermudahkan.

Namun, setiap penghijrahan sudah pasti mempunyai cabaran dan ia bukan sesuatu yang mudah apatah lagi apabila bergelar seorang artis.

Ardell mengakui bahawa dia ada kehilangan beberapa tawaran kerana imej barunya yang berhijab. Namun, ia tidak memutuskan semangat Ardell untuk terus berhijab.

IKLAN

Ardell kini masih giat dalam bidang lakonan dan bakal muncul dalam filem terbaru lakonannya Surf This Love yang akan ditayangkan pada 22 Februari 2018 ini.

Menerusi filem Surf This Love ini, Ardell memegang watak sebagai Mia iaitu adik kepada Jimmy yang merupakan seorang pemain luncur yang hebat. Menurut Ardell, filem ini telah menjalani pengambaran sebelum dia berhijab pada tahun lepas.




OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas