Umum
Ustaz ‘Sweet’ Hadiahkan Bunga dan Kejutan Sempena Harijadi Doktor Husna

Bukan sahaja ‘Sweet’ pandai berjenaka dan menawan hati dengan ceramahnya tetapi pendakwah ini juga pandai memberikan kejutan dan mengambil hati isteri tersayang. Kejutan dari Ustaz Don ni datangnya beberapa hari sebelum harijadi isterinya, Dr. Husna Zahry. Sudah tentulah dia tidak menyangka suaminya bakal memberikan kejutan hebat ini.
Siapa yang tidak sukakan seorang lelaki yang penuh ilmu agama di dadakan ?
Sesuai dengan jawatan ‘Ketua Keluarga’ memang suami yang diharapkan untuk menerajui kebahagiaan keluarga di dunia dan barakah di akhirat. Berbahagia bertambah-tambah bahagia, si suami pandai pula mengimbangi hal dunia dan akhirat macam Ustaz Don ini. Tidaklah poyo bercerita tentang akhirat sedangkan di dunia keciciran. Para lelaki di luar sana sudah pasti menjadikan Ustaz Don ini salah satu idolakan?

Pandai Ustaz don berpakat dengan kakitangan hospital mengenakan Dr. Husna. Dikatakan ada pesakit yang ingin berjumpa Dr. Husna di meja kaunter hadapan. Dr. Husna yang tertanya-tanya segera ke kaunter hadapan, apabila tiba-tiba tangannya ditarik Ustaz Don dengan kejutan belon, bunga, cupcakes dan coklat. Alahai memang ‘Sweetlah’ Ustaz Don ini.


Selamat Hari Lahir Dr. Husna Zahry. Semuga kebahagian di dunia ini terus kekal mekar hingga ke syurga Illahi.
