Connect with us

Oh! Media

Australia Beri Ganjaran RM297,000 Isu Strawberi

15straw 1537009246jpg

Umum

Australia Beri Ganjaran RM297,000 Isu Strawberi

Pihak berkuasa Queensland, Australia hari ini, menawarkan habuan AU$100,000 (RM297,079) kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pihak yang bertanggungjawab mensabotaj buah strawberi dengan jarum menjahit.

Channel New Asia yang memetik pihak polis melaporkan, enam jenama strawberi di Australia dipercayai dicemari dengan jarum menjahit dan pin, hingga memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada pengguna supaya memotong buah itu, sebelum memakannya.

“Seseorang cuba mensabotaj industri ini, tanpa menyedari bahawa tindakan mereka itu sebenarnya meletakkan kanak-kanak dan bayi, serta nyawa ahli keluarga mereka dalam bahaya,” kata Perdana Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk pada sidang media bagi mengumumkan ganjaran berkenaan.

IKLAN

Perdana Menteri Queensland dilantik oleh Gabenor Queensland, memandangkan ia ditadbir mengikut sistem Westminster, iaitu kerajaan berparlimen yang berasaskan model United Kingdom.

Sementara itu, menurut pihak polis, enam jenama strawberi yang terjejas dengan insiden itu ialah Berry Obsession, Berry Licious, Donnybrook Berries, Love Berry, Delightful Strawberries dan Oasis.

Kesemua jenama berkenaan dipercayai diperoleh dari pembekal yang berpangkalan di Queensland.

Queensland adalah pengeluar terbesar strawberi di Australia dengan nilai tahunan sebanyak AS$130 juta (RM386.2 juta) setahun. – AGENSI

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas