Connect with us

Oh! Media

Sifat Rasulullah ‎ﷺ

img 5024png

Umum

Sifat Rasulullah ‎ﷺ

Adalah Sayyidina Maulana Muhammad, Rasulullah shallallahu’alahi wasallam adalah sebaik-baik manusia dalam penciptaan dan budi pekerti, dan orang yang paling suka memberi petunjuk ke jalan yang benar.
Budi pekertinya adalah Al-Quran, tabiatnya adalah pengampunan, pemberi nasihat kepada manusia dan gemar berbuat baik. 
Baginda selalu memaafkan kesalahan bila memang menjadi haknya. Namun bila hak Allah yang dilanggar, maka tak seorang pun berani berdiri menentang kemarahannya.
Siapa pun yang melihatnya, meski sepintas maka akan segan, dan jika orang miskin mengundangnya tentu didatanginya. 
Baginda selalu mengatakan kebenaran meskipun pahit, dan tidak pernah menyimpan rahsia hati, menipu serta membahayakan orang-orang islam. 
Siapa pun yang memandang wajahnya, pasti akan segera tahu bahawa baginda bukan seorang penipu. Dan baginda bukan pula seorang pengumpat dan pencela.
Jika baginda sedang gembira, wajahnya bagaikan belahan rembulan. Dan bila berbicara dengan manusia, seolah-olah mereka memetik buah yang manis.
Bila baginda tersenyum, senyumnya sesejuk butiran embun. Dan bila baginda berbicara, seakan mutiara berjatuhan dari ucapannya. 
Bila sedang berbincang, seolah-olah minyak kasturi yang keluar dari mulutnya.
Bila berjalan di suatu lorong, segera diketahui bahawa baginda baru saja melalui lorong tersebut kerana keharumannya. 
Jika baginda duduk dalam satu majlis, keharumannya terus membekas sampai beberapa hari lamanya sekalipun baginda telah berlalu. 
Baginda memang selalu harum meskipun tidak memakai wangian. 
Ketika berjalan di antara sahabatnya, baginda laksana bulan di antara bintang-bintang yang gemerlapan.
Dan bila berjumpa dengannya di malam hari, pancaran cahayanya membuat seolah-olah manusia berada di siang hari. 
Dan adalah Nabi shallalahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling pemurah meski dibandingkan dengan angin yang berhembus. 
Baginda juga selalu berkasih sayang terhadap anak-anak yatim dan para janda.
Sebahagian orang yang mengsifatkan baginda berkata: “Belum pernah ku lihat seorang yang berambut hitam, yang berpakaian merah, dapat melebihi ketampanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.”

Petikan ini disunting dari Kitab Maulid Ad-Diba’i karya Al-Imam Al-Jalil As-Sayyid As-Syaikh Abu Muhammad Abdurrahman Ad-Diba’iy Asy-Syaibani radhiallahu ‘anhu. 
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

IKLAN
BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas