Connect with us

Oh! Media

Tak Perlu Berlapar Untuk Kurus, KKM Beri Slimming Set Percuma Kepada Rakyat Malaysia

cara kuruskan badan tanpa produkpng

Oh! Lifestyle

Tak Perlu Berlapar Untuk Kurus, KKM Beri Slimming Set Percuma Kepada Rakyat Malaysia

Bila kita bincang tentang cara kurangkan berat badan, terlalu banyak kaedah yang dikongsikan orang. Ada juga yang menyuruh kita membeli dan mengamalkan produk berasaskan pil yang dikatakan mampu memberikan bentuk badan yang diinginkan dalam waktu segera.

Bagaimanapun, baru-baru ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Twitter rasmi mereka ada kongsikan slimming set yang berkesan, selamat dan patut diamalkan semua rakyat Malaysia.

Kaedah yang disyorkan KKM ini ada tiga iaitu makan tanpa berlapar, air untuk detok dan bakar lemak.

IKLAN

Makan tanpa berlapar yang dimaksudkan ada pengambilan makanan 3 kali sehari tetapi setiap individu perlu mengambil makanan menggunakan konsep suk-suku separuh. Makanan juga perlu lengkap dengan vitamin, mineral dan serat.

Air untuk detok pula memerlukan kita mengambil air kosong sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Kaedah ini selalu diingatkan kepada kita sejak dibangku sekolah lagi.

Langkah terakhir adalah proses membakar lemak di mana kita perlu melakukan aktiviti senaman 5 kali seminggu bagi meningkatkan metabolisma dan mengurangkan stress.



Kredit: Twitter KKMalaysia

+ Baca respon pembaca yang nak kurus di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas