Umum
Ciri Semi Autonomous Diguna Untuk Projek Kereta Nasional Baharu

Awal tahun hadapan, dijangkakan prototaip bagi membangunkan kenderaan bercirikan semi automous menerusi projek kereta nasional baharu akan dapat dihasilkan.
Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof berkata, dengan jangkaan penghasilan prototaip tersebut, kerajaan turut meletakkan sasaran pengeluaran pertama kereta nasional baharu akan dapat direalisasikan menjelang 2020.
“Jadi kita dalam proses ke arah itu, disamping menyokong industri komponen yang memacu perusahaan kecil dan sederhana (SME),” katanya.
