Connect with us

Oh! Media

Sifat Cincin Rasulullah

Cnjpg

Umum

Sifat Cincin Rasulullah

Soalan :
Benarkah cincin Nabi saw ada tertulis nama Allah? Bagaimana kalau mahu masuk ke dalam tandas bersama cincin tersebut?

Jawab :
Cincin Nabi saw tertulis perkataan ‘Muhammad Rasulullah’.

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan :
كان نقش خَاتَمِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاَثَةَ أَسْطُرٍ : مُحَمَّدٌ سَطْرٌ، وَرَسُولُ سَطْرٌ، وَاللَّهِ سَطْرٌ
“Adalah ukiran cincin Nabi saw ada tiga baris. Baris pertama tertulis Muhammad. Baris kedua Rasul dan baris ketiga Allah.” (Hadith Bukhari)

IKLAN

Siapa yang memakai cincin atau apa-apa yang tertulis nama Allah atau nama-nama yang suci dalam Islam hendaklah mencabutnya sebelum masuk ke dalam tandas.

Tersebut pada kitab Mausu’atul Fiqhiyah :

يُكْرَهُ الدُّخُولُ إلَى الْخَلاءِ بِشَيْءٍ فِيهِ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى لِمَا وَرَدَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم: “كَانَ إذَا دَخَلَ الْخَلاءَ وَضَعَ خَاتَمَهُ”، وَقَالَ الشِّيرَازِيُّ: كَانَ عَلَيْهِ “مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ”، وَهَذَا الْحُكْمُ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ بَيْنَ الْمَذَاهِبِ الأَرْبَعَةِ مِنْ حَيْثُ الْجُمْلَةُ إلاَّ قَوْلاً فِي مَذْهَبِ أَحْمَدَ
“Dimakruhkan masuk ke tandas dengan suatu yang ada padanya tertulis zikrullah kerana datang hadith bahawa Nabi saw adalah apabila baginda masuk ke tandas baginda menanggalkan cincinnya. Berkata Imam Syairazi: Adalah atas cincin baginda tertulis Muhammad Rasulullah. Dan ini hukum yang disepakati atasnya empat mazhab dari sudut keseluruhan melainkan satu qaul dalam mazhab Hanbali.”

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas