Connect with us

Oh! Media

Perancis Melanggar Hak Asasi Manusia Dengan Menyekat Pemakaian Purdah

woman burkajpg

Umum

Perancis Melanggar Hak Asasi Manusia Dengan Menyekat Pemakaian Purdah

Perancis sebelum ini telah melarang pemakaian purdah bagi rakyatnya yang beragama Islam. Walaubagaimanapun tindakan Perancis ini dilihat melanggar hak asasi manusia, menurut Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB.

Ia dilihat sebagai sokongan kepada mereka yang memakai niqab dan turut mengarahkan Perancis untuk membayar pampasan kepada dua wanita yang telah didakwa kerana berpurdah pada tahun 2012.

“Undang-undang Perancis secara tidak sengaja menjejaskan hak individu untuk mengamalkan kepercayaan agama mereka,” jelas jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

IKLAN

Sebuah panel bebas yang memantau pematuhan negara dengan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik menyatakan Perancis mempunyai tempoh selama 180 hari untuk melaporkan kembali tindakan yang telah diambil.

Menurutnya lagi, Paris tidak dapat meyakinkan mereka kononnya larangan itu dikuatkuasakan atas alasan keselamatan dan sosial.

Sumber: Daily Mail

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas