Oh! Lifestyle
Nilai Rumah Mampu Milik Tidak Terjual Sebanyak RM22.5 Bilion

YB Zuraida Kamruddin, iaitu Menteri Perumahan dan Tempatan berkata sebahagian besar kategori rumah mampu milik yang mencecah RM22.5 billion tidak terjual sehingga kini.
“Kita sudah bincang dengan Bank Negara Malaysia dan pelabur perumahan yang bersetuju untuk tampil membantu menyediakan skim pembiayaan bagi membolehkan pemohon mendapat kelonggaran pinjaman,” katanya ketika menjawab soalan Fong Kui Lun (PH DAP-Bukit Bintang) di Dewan Rakyat, hari ini.
