Connect with us

Oh! Media

Penyelamat Maut – Misi Mencari dan Menyelamat Bertambah Duka

image2b2528202529jpg

Umum

Penyelamat Maut – Misi Mencari dan Menyelamat Bertambah Duka

Disaat misi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mencari bangkai nahas pesawat Lion Air sedang giat dilakukan, seorang penyelamat dilaporkan maut di perairan Karawang, Jawa Barat semalam.

Penyelam, Syachrul Anto disahkan meninggal dunia oleh Kolonel Laut (P) Isswarto.

Katanya, kerja-kerja menyelamat bagi mencari badan pesawat dan mangsa sudah dihentikan jam 4 petang waktu tempatan kerana cuaca gelap bagaimanapun Syachrul masih berada di dalam laut.

IKLAN

“Insiden itu berlaku jam 5.30 petang dan mangsa dikejarkan ke Rumah Sakit daerah Koja, Jakarta Utara dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, Syachrul disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit,” katanya.

Sementara itu, Facebook Yosep Safrudin, rakan kepada Syachrul turut memuatnaik status pemergian sahabatnya.

Jelasnya, dalam kalangan rakan, Syachrul memang seorang yang aktif dalam misi kemanusiaan.

“Dia baru seminggu pulang dari misi kemanusiaan membantu mangsa gempa bumi tsunami di Palu, kemudian kini berada di perairan Karawang untuk misi mencari mangsa nahas pesawat.

“Namun misi kemanusiannya ‘tewas’ dan berakhir di sini,” katanya.

Syachrul lebih mesra dipanggil ayah haji merupakan seorang penyelam berpengalaman luas dan sanggup mengetepikan pekerjaannya demi membantu misi kemanusian ini.

“Rindu gelak tawanya, kebaikannya… selamat jalan ‘ayah anto, Om anto, ayah haji’.

“Semoga Om berada dalam khusnul khotimah,” katanya.

Sumber: BBC Indonesia

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas