Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Tun Mahathir Terima Darjah Kebesaran Tertinggi Maharaja Jepun

tun2bm2bshinzo2babejpg

Umum

Perdana Menteri Tun Mahathir Terima Darjah Kebesaran Tertinggi Maharaja Jepun

Dalam lawatan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Jepun kali ini, Tun M menerima darjah kebesaran tertinggi Jepun oleh Maharaja Akihito hari ini.

Penerimaan anugerah tertinggi ini menjadikan Tum Dr Mahathir pemimpin ke-3 di Asia menerimanya selepas presiden Singapura, Lee Kuan Yew dan Perdana Menteri India, Manmohan Singh.

Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris mengesahkan pengurniaan darjah kebesaran pingat Bunga Paulowina atau lebih dikenali sebagai ‘The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers’ akan dijalankan di istana hari ini.

IKLAN

Beliau dan isteri juga dijadualkan untuk makan tengah hari bersama di istana. Perdana Menteri juga dijadualkan untuk bermesyuarat dengan Shizo Abe mengenai rundingan hubungan dua hala dan perbincangan isu kepentingan sama dalam serantau dan antarabangsa. Tahniah Tun Dr. Mahathir.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas