Connect with us

Oh! Media

Calon SPM Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

imagejpeg

Umum

Calon SPM Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

Seorang pelajar maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Kilometer 27 Jalan Temerloh-Jerantut, dekat Kampung Datuk Shariff Ahmad, Kuala Krau, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi, mangsa Mohd Aiman Ngatimin, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Kuala Krau, di sini, maut di tempat kejadian selepas dilanggar Proton Persona dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

IKLAN

“Kita boleh sahkan pemandu terbabit yang juga anggota tentera memandu di bawah pengaruh alkohol sebelum merempuh tiga motosikal menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia.

“Ketika kejadian jalan gelap dan jalan mempunyai lorong satu hala ke Jerantut dan satu hala lagi ke Temerloh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mayat pelajar itu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk tindakan lanjut.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas