Connect with us

Oh! Media

Dipercayai Mabuk, Seorang Pemandu Honda City Nyaris Ragut Nyawa Warga Emas

81bb8cc9 573e 495d 9b6a 1981d54440bepng

Umum

Dipercayai Mabuk, Seorang Pemandu Honda City Nyaris Ragut Nyawa Warga Emas

Baru sahaja berlaku petang tadi di mana seorang pemandu Honda City telah bertindak memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyusahkan pengguna jalanraya yang lain. Pada mulanya pemandu berkenaan memandu dalam keadaan tidak betul sebelum hampir melanggar (bergesel) seorang warga emas yang sedang berbasikal.

Selepas hampir melanggar warga emas berkenaan, kererta yang dipandu seorang lelaki terbabas lalu melanggar sebuah pokok. Tindakan pemandu mabuk berkenaan telah mengundang kemarahan pengguna jalanraya yang berhenti menolong mangsa.

IKLAN

Kejadian dilaporkan berlaku di Lebuhraya MRR2 dari Pandan Indah menghala Ulu Klang, berhadapan Tesco Ampang. Menurut info, warga emas berkenaan hanya mengalami luka ringan akibat bergesel dengan kereta berkenaan dan dihantar ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan susulan.

OHMEDIA: INGAT REDA DAH PASAL KES PEMANDU MABUK NI. ADALAGI RUPANYA! SIANG HARI PULA TU MABUK. NASIB NYAWA PAKCIK TU TAK MELAYANG.

Kredit: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

+ Baca respon pembaca mengenai pemandu mabuk nyaris ragut nyawa warga emas di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas