Connect with us

Oh! Media

Bapa Kepada Mangsa Pesawat Terhempas Kemukakan Saman Terhadap Boeing

lion airjpg

Umum

Bapa Kepada Mangsa Pesawat Terhempas Kemukakan Saman Terhadap Boeing

Berikutan dengan kemalangan terhempasnya pesawat penerbangan Lion Air yang telah mengorbankan semua penumpang tempoh hari, bapa mangsa pesawat terbabit mengemukakan saman terhadap Boeing Co, atas dakwaan masalah reka bentuk pesawat 737 MAX 8, sebagai punca nahas berkenaan.

Dr Rio Nanda Pratama adalah antara 189 penumpang dan anak kapal yang maut selepas pesawat yang dinaiki terhempas kira-kira 13 minit berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.

Ketika kejadian, Dr Pratama sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu persidangan.

IKLAN

Menurut peguam, Curtis Miner dari Colson Hicks Eidson yang berpangkalan di Florida, iaitu firma guaman yang mewakili bapa mangsa, Dr Pratama dijadualkan berkahwin dengan pasangannya, minggu ini.

Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan di mahkamah di Illinois, bapa mangsa mendakwa Boeing tidak memberi amaran secukupnya kepada Lion Air atau juruterbang mengenai keadaan reka bentuk pesawat itu.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas