Connect with us

Oh! Media

The Sharks Harap Tunggakan Gaji Dapat Dibayar

terengganu city vs selangor united 800x537jpg

Umum

The Sharks Harap Tunggakan Gaji Dapat Dibayar

Bekas jurulatih dan pemain Terengganu City FC (TCFC), menyifatkan langkah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyingkirkan pasukan itu daripada Liga Perdana adalah tepat bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa penganiayaan.

Walaubagaimanapun, bekas tonggak skuad The Sharks itu, Shafuan Adli Shaari memohon tunggakan gaji pemain dapat diselesaikan segera sebelum kelab yang berpangkalan di Kuala Terengganu itu menutup operasinya.

“Secara jujurnya saya begitu sedih dengan berita pengguguran skuad ini selepas kami berjuang habis-habisan, sejak awal saingan hingga muncul juara Piala FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia).

IKLAN

“Bagi saya, MFL membuat keputusan betul, walaupun kami mahukan skuad ini beraksi di Liga Perdana, tetapi kami merayu kepada FAM supaya dapat membantu menyelesaikan masalah gaji dan tidak membiarkan kami menderita.

“FAM harus bayar dulu kepada kami wang hasil kemenangan piala FAM itu kerana kami amat memerlukan kewangan selepas empat bulan tanpa bergaji.

“Kerajaan negeri juga mesti mengambil tindakan sewajarnya kepada penaja TCFC dan membantu kami kerana pasukan ini sudah mengharumkan nama negeri,” kata Shafuan.

Hasrat dan harapan ini turut disuarakan oleh jurulatih, Mohd Noor Md Derus yang berkata, “Harapan kami ialah FAM dan kerajaan negeri dapat membantu kerana kami ada keluarga, nak bayar macam-macam. Mereka harus mengambil tindakan kepada penaja skuad itu kerana jelas mencalar imej Terengganu,”.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas