Connect with us

Oh! Media

Harga Minyak Kembali Meningkat

Oil sea 640x360jpg

Umum

Harga Minyak Kembali Meningkat

Harga minyak yang menurun lebih dari 2nak peratus sebelum ini dilihat kembali meningkat hari ini, disokong laporan penyusutan yang tidak dijangka dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) selain India mencatat rekod import minyak mentah tertinggi.

Bagaimanapun, pelabur berada di pinggiran, dengan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran bahawa ketidaktentuan dalam pasaran minyak disebabkan persekitaran ekonomi sukar dan risiko politik.

Dagangan hadapan Brent berada pada AS$63.42 satu tong pada 0157 GMT, naik 89 cent, atau 1.4 peratus daripada penutup sebelumnya.

IKLAN

West Texas Intermediate (WTI) menokok 70 cent, atau 1.3 peratus, pada AS$54.13 satu tong.

Import minyak mentah India yang mencecah hampir lima juta tong sehari turut menyokong harga.

Sumber: Reuters

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas