Connect with us

Oh! Media

Ikan Paus Mati Akibat Menelan 5.9 Kilogram Plastik

1775564799png

Umum

Ikan Paus Mati Akibat Menelan 5.9 Kilogram Plastik

Penemuan bangkai ikan paus yang dijumpai terdampar di perairan Wakatobi, Sulawesi Tenggara telah menjumpai 5.9 kilogram sampah plastik di dalam perutnya.

Hasil bedah siasat, dalam perut mamalia sepanjang 9.6 meter itu menemui cebisan plastik sampah.

Aktivis dari Yayasan Lestari Alam Wakatobi, Saleh Hanan berkata, bedah siasat dan laporan paus mati berpunca daripada plastik dilihat bukan perkara asing malah terlalu banyak kes hingga seolah-olah mamalia kini berdepan kepupusan.

IKLAN

“Sampah ini tidak boleh dicerna berbeza dengan tulang ikan walaupun keras tetapi boleh dicernakan dengan baik.

“Sampah plastik tidak boleh terurai di perut paus dan boleh mengakibatkan keracunan hingga pencernaan terganggu. Akhirnya ikan paus mati,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya, Saleh memberitahu, pengumpulan sampah yang banyak dalam perut mamalia itu mengakibatkan nafsu makan berkurang sehingga mengalami malnutrisi dan mati.

Dalam perut paus tersebut ditemukan plastik sampah seperti botol plastik, tali rafia, botol minyak wangi, jaring, cawan plastik dan selipar.

Sumber: Kompas

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas