Connect with us

Oh! Media

Lapan Vila Mewah Milik Mafia Dirampas

Maxresdefault2b252852529jpg

Umum

Lapan Vila Mewah Milik Mafia Dirampas

Datuk Bandar, Virginia Raggi yang menyertai operasi pada waktu subuh, berkata, harta tersebut akan dirobohkan akhir tahun ini yang dikatakan milik kumpulan gengster Casamonica.

“Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi bandar Rome dan penduduknya.

“Polis berjaya menamatkan kegiatan menyalahi undang-undang yang berlarutan sekian lama dan terbukti kejayaan ini adalah satu pengajaran kepada kumpulan Casamonica,” kata Raggi.

IKLAN

Sebelum ini, Pergerakan 5 Bintang (5 Star) dikritik hebat kerana gagal menghapuskan kegiatan gengster di ibu negara Itali itu.

Dalam pada itu, Raggi berkata, beberapa vila yang dirampas itu dibina di atas tapak arkeologi.

“Beberapa kediaman turut menampilkan ciri binaan bangunan bersejarah Felice Aqueduct,” katanya yang merujuk kepada laluan air di bandar raya itu yang dibina pada kurun ke-16.

Pada Julai lalu, seramai 33 ahli kumpulan telah diberkas.

Sumber : Sinar

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas