Connect with us

Oh! Media

Alaska Kini Bergelap Selama 65 Hari

181120145100 02 alaskan town no sun trnd 112018 super teasejpg

Umum

Alaska Kini Bergelap Selama 65 Hari

Utqiagvik, Alaska adalah satu daerah yang kini bakal menghadapi suasana gelap selama 65 hari. Seperi yang dilaporkan CNN, bandar terbabit mengalami matahari terbit dan terbenam terakhir adalah pada hari ahad lalu.

Menurut pakar meteorologi CNN, Judson Jones, malam polar adalah istilah biasa di tempat-tempat yang tidak mengalami matahari terbit selama lebih 24 jam.

“Ini berlaku setiap tahun. Sekiranya anda tinggal di atas Lingkaran Artik, akan ada hari di mana matahari terbenam sepanjang musim sejuk. Berita baiknya, ia akan kembali dan pada masa musim panas ia tidak akan terbenam untuk beberapa hari,” katanya.

IKLAN

Utara Alaska terletak di atas Lingkaran Artik, iaitu lingkaran latitud yang mengelilingi kawasan polar Arktik yang dingin.

Meskipun Utqiagvik bukan satu-satunya bandar Alaska yang mengalami fenomena ini, namun ia merupakan yang pertama dalam senarai lokasi malam polar kerana berada paling jauh di utara.

Selama kira-kira satu hingga dua bulan, penduduk Kaktovik, Point Hope dan Anaktuvuk Pass juga akan bergelap tanpa matahari.

Menurut KTUU rangkaian gabungan CNN, matahari terbenam terakhir mereka akan berlaku antara akhir November dan awal Disember.

Matahari terbenam pada jam 1.43 petang Ahad di bandar Utqiagvik, ia akan menghilang selama 65 hari sebelum muncul semula pada 23 Januari 2019.

Sumber: CNN

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas