Connect with us

Oh! Media

Pemasangan Model Proton X70 Akan Dilakukan di Malaysia

Proton x70 31jpg

Umum

Pemasangan Model Proton X70 Akan Dilakukan di Malaysia

Model kenderaaan utiliti sukan (SUV) X70 yang dibina oleh Proton akan melakukan pemasangannya di kilang Tanjung Malim.

Pengembangan yang menelan kos RM1.4 bilion itu dijadualkan siap pada suku keempat tahun depan, yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang tersebut kepada 250,000 unit kereta setahun daripada 150,000 ketika ini, kata Timbalan Ketua Pegawai Ekseutid, Datuk Radzaid Mohamed.

“Kami akan menyiapkan kilang itu sebelum kami boleh memasang Proton X70 di sana. Pengembangan itu akan termasuk pembinaan baharu yang khusus bagi memasang model baharu.

IKLAN

“Pengembangan kilang itu perlu mematuhi keperluan Geely, dari segi automasi dan kualiti, dan itulah sebabnya mengapa pengembangan itu mengambil masa lebih lama daripada biasa,” katanya kepada pemberita di luar acara Persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIAC 18) di sini, hari ini.

Setakat ini, katanya, pra-tempahan bagi Proton X70, yang akan dilancarkan secara rasmi pada Disember ini, telah melebihi 12,000 unit.

Selepas model kereta itu dipasang di dalam negara kelak, Proton menyasar sehingga 70 peratus komponen tempatan dipasang dalam setiap unit.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas