Umum
Penguatkuasaan Papan Tanda Bahasa Melayu Akan Lebih Tegas – Zuraida

Berikutan dengan permasalah papan tanda berbahasa china, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dalam usaha untuk mengkaji semula polisi lama berhubung masalah ini agar ia tidak berpanjangan.
Dalam pada itu katanya, ketegasan itu perlu dilakukan kerana penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda iklan telah lama ditetapkan.
“Buat masa ini polisi berhubung pemasangan papan tanda jalan adalah di peringkat negeri, bukan Persekutuan.
“Insya-ALLAH kementerian akan mengkaji semula dan mengeluarkan garis ketetapan lebih tegas,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.
