Connect with us

Oh! Media

Tersebar Gambar Tok Mat Redah Banjir Berkaki Ayam

copy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bw2bi2bn2ba2bt2br2bi2bp2bt2bopng

Umum

Tersebar Gambar Tok Mat Redah Banjir Berkaki Ayam

Terbaru, tersebar satu gambar di mana menunjukkan bekan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dilihat berkaki ayam dan meredah banjir kilat yang dikatakan berlaku di Masjid Imam Haji Kahar (Mihaq), Bandar Ekar Rantau awal pagi tadi.

Gambar tersebut telah menjadi bualan netizen yang rata-ratanya memuji Tok Mat sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Tok Mat sebenarnya memang telah menjadi pemimpin yang amat rapat dan disegani oleh penduduk Negeri Sembilan sewaktu pemerintahannya.

Ada yang menyatakan harapan supaya beliau terus menjadi Adun Rantau dan ada juga yang beranggapan itu sekadar ‘lakonan’ memandangkan PRK di kawasan itu akan diadakan tidak lama lagi.

IKLAN

Kejadian banjir itu berlaku selepas hujan lebat berterusan selama lebih dua jam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Muhammad Efeendy Rahmad berkata, sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 11.01 pagi.

“Didapati rumah milik imam dan bilal yang terletak di dalam kawasan masjid berkenaan dinaiki air.

“Hanya sebuah rumah yang terjejas kerana dimasuki air sedalam 0.6 meter. Kesemua penghuni selamat dan tiada dipindahkan kerana air telah pun surut,” katanya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas