Connect with us

Oh! Media

Pihak Berkuasa Indonesia Hentikan Proses Kenal Pasti Mangsa

29lionn 1540818317jpg

Umum

Pihak Berkuasa Indonesia Hentikan Proses Kenal Pasti Mangsa

Perkembangan terkini berikutan nahas terhempasnya kapal terbang Lion Air tempoh hari, pihak berkuasa Indonesia hari ini menghentikan proses pengecaman mangsa nahas dan laporan punca nahas membunuh kesemua 189 orang itu dijangka akan dikeluarkan minggu hadapan.

Setakat hari ini, 125 orang sudah dikenal pasti selepas ujian dilakukan ke atas 200 beg mengandungi cebisan mayat, kata Arthur Tampi, ketua pusat perubatan polis nasional.

“Kami sudah mengenal pasti 89 lelaki dan 36 wanita, termasuklah dua warga asing, warga Itali dan India yang merupakan kapten pesawat, kata Tampi kepada wartawan di Jakarta.

IKLAN

Proses kenal pasti dihentikan kerana semua cebisan mayat sudah diuji, tambahnya.

Rakaman data penerbangan pesawat sudah ditemui tetapi penyelam masih berusaha mencari perakam suara kokpit.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas