Connect with us

Oh! Media

Laluan Sukar Buat Harimau Malaya Menentang ‘ The War Elephant’

aff87692223amjpg

Umum

Laluan Sukar Buat Harimau Malaya Menentang ‘ The War Elephant’

Setelah Harimau Malaya berjaya menewaskan Myanmar Sabtu lalu, kini skuad kebangsaan akan berdepan laluan sukar selepas dijadualkan menentang juara bertahan, Thailand pada aksi separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki pada awal bulan depan.

Thailand mara ke separuh akhir selepas menang selesa 3-0 ke atas Singapura pada aksi terakhir kumpulan B di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam ini, sekaligus muncul juara kumpulan.

Malaysia pula mara ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B setelah menang selesa 3-0 ke atas Myanmar pada aksi terakhir pusingan awal di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

IKLAN

Perlawanan separuh akhir berkenaan akan menggunakan format timbal balik dengan skuad negara bakal melayan kunjungan Thailand pada 1 Disember sebelum aksi separuh akhir kedua di Bangkok, Thailand pada 5 Disember ini.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas