Connect with us

Oh! Media

Laporan Awal Siasatan Sahkan Lion Air Bermasalah Sebelum Berlepas

Thai2blion2bair 720x400pxjpg

Umum

Laporan Awal Siasatan Sahkan Lion Air Bermasalah Sebelum Berlepas

Akhirnya, laporan awal siasatan nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas pada 29 Oktober lepas yang dikeluarkan hari ini, mengesahkan bahawa pesawat itu telah mengalami masalah teknikal beberapa hari sebelum berlakunya tragedi yang mengorbankan 189 orang itu.

Maklumat ini diperoleh setelah disisat oleh Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) dan ia termasuk masalah teknikal yang dialami penerbangan dari Bali ke Jakarta iaitu sehari sebelum nahas itu berlaku.

“Berdasarkan data penyelenggaraan pesawat sejak tanggal 26 Oktober, tercatat masalah atau gangguan teknikal yang tercatat di pesawat itu, masalah yang terjadi itu berkaitan dengan masalah indikator kecepatan dan ketinggian pesawat,” kata Ketua Subkomite Investigasi KNKT, Nurcahyo Utomo di sini hari ini.

IKLAN

Walaubagaimanapun, pasukan teknikal telah mengesahkan pesawat itu selamat untuk berlepas, selepas menghadapi masalah teknikal pada penerbangan dari Bali ke Jakarta itu.

Sehingga kini, perakam suara kokpit (CVR) masih belum ditemui, usaha mengesan CVR masih diteruskan,” kata Nurcahyo. Beliau berkata siasatan itu akan melakukan beberapa ujian termasuk ujian pengesan AoA (Angle of Attack) dan latihan simulasi pesawat di simulator kejuruteraan Boeing.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas