Connect with us

Oh! Media

Adib Sudah Mula Sedar Dan Faham Arahan

Muhammad2badibjpg

Umum

Adib Sudah Mula Sedar Dan Faham Arahan

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Azhari Yaakub, berkata keadaan Muhammad Adib masih dikategorikan sebagai kritikal namun stabil.

“Pagi tadi beliau mula sedar dan faham arahan yang diberikan. Itu adalah tanda positif yang menunjukkan otak berfungsi.

“Bagi kecederaan organ, Muhammad Adib masih menggunakan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru,” katanya pada sidang media di IJN, disini hari ini.

IKLAN

Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu dan pemeriksaan tekanan darah masih rendah bermaksud buah pinggang beliau rosak dan memerlukan rawatan dialisis.

Dr Azhari berkata, “Kami menjangkakan beliau memerlukan penggunaan mesin ECMO kira-kira beberapa hari lagi.

“Kita harap masyarakat di luar terus berdoa supaya keadaan Muhammad Adib terus bertambah baik,”.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata pihaknya yakin laporan kesihatan dapat dikeluarkan dalam masa terdekat kerana ianya penting bagi mengetahui tahap dan punca kecederaan dialami mangsa.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas