Umum
Pengurus Ladang Kesan Pencuri Kelapa Sawit

Kejadian yang sememangnya selalu dihadapi oleh peneroka Felda di mana berlakunya kecurian buah sawit. Tetapi, lain pula ceritanya di kawasan ladang Felda Kemahang 1 apabila cubaan tiga lelaki mencuri 80 tandan kelapa sawit berjaya dikesan selepas pergerakan mereka dilihat mencurigakan.
Pengurus ladang kemudian bertindak menyekat laluan keluar di kawasan itu dan menyoal siasat suspek.
Suspek yang ketakutan cuba melarikan diri dan salah seorang yang menunggang motosikal terjatuh ketika meloloskan diri menyebabkan dia cedera di bahagian muka.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, ketiga-tiga suspek ditahan dan turut didapati positif dadah.
“Ketiga-tiga suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun telah didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
