Connect with us

Oh! Media

Hasil Kajian Kurang Dan Mansuh Tol Akan Dibentang Mei 2019

Latar plusjpg

Umum

Hasil Kajian Kurang Dan Mansuh Tol Akan Dibentang Mei 2019

Hasil kajian mengenai kaedah bagi mencapai matlamat pengurangan kadar dan pemansuhan tol lebuh raya di negara ini akan dibentang dalam Kabinet pada Mei 2019.

Perkara ini dijelaskan oleh timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir yang berkata ia akan dilaksanakan bersama audit bebas bertauliah yang bakal dilantik Januari depan bagi membantu kerajaan mencari jalan penyelesaian.

“Jemaah menteri, pada 31 Oktober lalu, setelah menimbang hala tuju industri lebuh raya bertol, telah bersetuju JKR diberi tempoh enam bulan untuk mengemukakan cadangan mekanisme terbaik untuk capai matlamat berkenaan.

IKLAN

“Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia sedang dalam proses melantik jururunding bagi menjalankan kajian hala tuju lebuh raya bertol di Malaysia ini,” katanya

Mohd Anuar turut berkata, jururunding audit bebas bertauliah itu akan diberikan tugas besar dan perlu menjalankan kajian itu dengan penuh tanggungjawab bagi memenuhi hasrat kerajaan dan rakyat.

Menurut Anuar lagi, walaupun kerajaan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kadar dan memansuhkan tol lebuh raya, ia hanya akan dapat dilaksanakan apabila kewangan kerajaan telah stabil dan mengizinkan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas