Connect with us

Oh! Media

Penjawat Awam Akan Terima Bayaran Khas RM500 Esok

Guan2beng2bthumbs2bupjpg

Umum

Penjawat Awam Akan Terima Bayaran Khas RM500 Esok

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini memberitahu bahawa bayaran has sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah yang dicadangkan dalam Belanjawan 2019 akan dibayar esok.

Seramai 1.4 juta penjawat awam kerajaan Persekutuan merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak akan menerima bayaran berkenaan.

“Kerajaan memutuskan untuk membayar sebelum hujung tahun bagi membantu ibu bapa dalam kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu.

IKLAN

“Kerajaan juga akan membuat bayaran khas sebanyak RM250 kepada hampir 800,000 pesara bagi mengenangkan khidmat bakti mereka ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Guan Eng menambah, sungguh pun bayaran khas itu yang akan menelan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion tidak diperuntukkan lebih awal dalam Belanjawan 2018, namun kerajaan PH masih boleh mencari wang menerusi penjimatan dengan menjalankan pentadbiran yang bersih serta Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas