Connect with us

Oh! Media

Jenazah Muhammad Adib Diterbangkan Ke Tebengau Kuala Kedah

51545090885 jenazahadibjpg

Umum

Jenazah Muhammad Adib Diterbangkan Ke Tebengau Kuala Kedah

Jenazah pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim selamat diterbangkan ke Kuala Kedah tepat jam 8.50 pagi tadi dengan menaiki Helikopter Mi-17-iv Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Difahamkan helikopter yang turut membawa ibu dan bapa Allahyarham akan mendarat di Sekolah Kebangsaan Tebengau, Kuala Kedah sekitar jam 10.30 pagi nanti.

Jenazah akan dikebumikan di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

IKLAN

Sebelumnya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali sempat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah sebelum berlepas.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Siti Rohani Nadir berkata pihaknya sudah membuat persiapan di Kedah untuk urusan pengebumian.

“Turut bersama-sama dalam penerbangan ke Kuala Kedah ialah ibu bapa serta adik beradik Allahyarham.

“Segala persiapan telah disediakan di Kuala Kedah untuk uruasn pengebumian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas helikopter membawa jenazah selamat berlepas di Pangkalan Udara JBPM Subang.

Malam tadi, Allayarham Muhammad Adib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.41 malam selepas tiga minggu mendapatkan rawatan.

Jenazah Muhammad Adib dibawa dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sekitar lima jam.


Al Fatihah.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas