Connect with us

Oh! Media

Hari Yang Kita Dua Tunggu, Semoga Kamu Kuat – Netizen Sedih Melihat Kad Undangan Kahwin Adib

bomba 1jpg

Umum

Hari Yang Kita Dua Tunggu, Semoga Kamu Kuat – Netizen Sedih Melihat Kad Undangan Kahwin Adib

Kad undangan ke majlis perkahwinan tertera nama pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dan tunangnya yang tular di media sosial sejak malam tadi mengundang kesedihan netizen.

Allahyarham sebelum ini dijangka melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi Jumaat ini.

Majlis perkahwinan di rumah keluarga perempuan sepatutnya diadakan Sabtu ini manakala bagi keluarga lelaki pula dijadual pada Ahad ini.

IKLAN

Dalam kad kahwin itu dinyatakan majlis perkahwinan Allahyarham dijadual berlangsung di rumah keluarga kedua-dua pihak di Alor Setar, Kedah.

Bagaimanapun, Muhammad Adib meninggal dunia malam tadi, lima hari sebelum sempat dirai sebagai pengantin baharu.

Pelayar Facebook, Lea Derma di ruangan komen berharap tunang Allahyarham tabah dengan apa yang berlaku.

“Innalillawainailahirojiun… Tuhan lagi maha segalanya.. Mungkin tidak berjodoh di dunia..namun berjodoh di syurga..insyaALLAH Al fatihah..

“Moga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-yang beriman..dan pada ahli keluarga beliau harap tabah..pada cik tunang beliau..doa sentiasa bersama kamu..,” muat naiknya.

Labna Al Nahdi pula berharap tunang Allahyarham diberi kekuatan menghadapi ketentuan.

“Semoga tunang wira Adib diberi ketabahan, kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi kehilangan ini, inshAllah .#JusticeForAdib,” tulisnya.

Terdahulu, Nurul Najihah yang menghitung hari untuk disatukan dengan Muhammad Adib, anggota bomba yang cedera parah dalam insiden rusuhan dekat Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya terus berharap agar tunangnya segera sembuh.

Kata-kata penuh pengharapan itu dititipkan gadis berusia 25 tahun itu menerusi posting di Facebook miliknya, awal Disember lalu.

“Disember. Menghitung hari untuk kita. Hari yang kita dua tunggu. Semoga kamu kuat. Orang tunggu kamu. Muhammad Adib,” kata Nurul Najihah.

Sumber: Sinar

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas