Connect with us

Oh! Media

Pengendali Manchester, Jose Mourinho Dipecat

5c18c3972299djpg

Umum

Pengendali Manchester, Jose Mourinho Dipecat

Ketua jurulatih bagi pasukan The Red Devils, Manchester United iaitu Jose Mourinho akhirnya dipecat berikutan mempamerkan aksi yang mengecewakan di pentas Liga Perdana Inggeris untuk musim ini.

Kelab berkenaan kini menduduki tangga keenam liga dengan 26 mata selepas 17 perlawanan ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu Liverpool dan 11 di belakang Chelsea tempat keempat dengan kekalahan terbaharu 3-1 kepada The Reds di Anfield.

“Manchester United mengumumkan pengurus Jose Mourinho telah meninggalkan kelab dengan segera.

IKLAN

“Kelab berterima kasih kepada khidmat Jose sepanjang beliau berada di Manchester United dan berharap dia berjaya di masa depan.

“Pemangku pengurus baru akan dilantik sehingga akhir musim ini, sementara kelab melakukan pengambilan pengurus baharu.” kata kenyataan kelab itu hari ini.

Mourinho menggantikan Louis van Gaal pada 2016 dengan misi mengembalikan kegemilangan juara Inggeris 20 kali itu selepas ketandusan kejuaraan setelah persaraan Sir Alex Ferguson.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas