Connect with us

Oh! Media

Juara Dunia Muay Thai Wanita Nitiyaporn Ditemui Mati

8a192924807c749da53166e5572cbb2fjpeg

Umum

Juara Dunia Muay Thai Wanita Nitiyaporn Ditemui Mati

Juara dunia Muay Thai wanita dari Thailand, Nitiyaporn Srisalai ditemui mati dalam keadaan tergantung di biliknya di Ratchaburi, semalam.

Polis berkata, sebelum mayatnya ditemui kira-kira 11.30 malam (waktu tempatan), Nitiyaporn dipercayai minum bersama beberapa rakan.

Ketua Polis Muang Ratchaburi, Apichart Phutthaboon berkata, mayat petinju berusia 22 tahun itu ditemui tergantung oleh rakan serumah selepas tidak memberi respons ketika pintu biliknya diketuk berulang kali.

IKLAN

“Nitiyaporn mungkin mengalami masalah peribadi dan bertindak menggantung diri di bawah pengaruh alkohol,” kata Apichart.

Katanya lagi, semasa tiba di lokasi kejadian, pihaknya menemui tali nylon dan kerusi berhampiran mayat jaguh Muay Thai tersebut.

Tambah Apichart lagi, siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi menentukan motif atau terdapat unsur jenayah dalam kematian Nitiyaporn.

Sementara itu, Presiden Persatuan Muay Thai Antarabangsa, Charnchai Yomadit berkata, kematian Nitiyaporn satu kehilangan besar bagi sukan tempur.

“Dia sentiasa melemparkan senyuman dan bertinju demi menyara kehidpuan dan pelajarannya,” kata Charncai.

Difahamkan, Nitiyaporn adalah juara dunia bagi divisyen 51 kilogram.

Sumber: Bangkok Post

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas