Connect with us

Oh! Media

Tentera AS Berundur Dari Syria Apabila Mendakwa Telah Berjaya Tumpaskan Militan Daesh

tentera amerika kini tidak lagi yang terbaik di dunia 2 640x346 1jpg

Umum

Tentera AS Berundur Dari Syria Apabila Mendakwa Telah Berjaya Tumpaskan Militan Daesh

Rumah Putih hari ini mengesahkan Amerika Syarikat akan menarik balik tenteranya dari Syria selepas Presiden Donald Trump menyatakan militan Daesh berjaya ‘ditumpaskan’ di negara berkenaan.

Setiausaha akhbarnya, Sarah Sanders berkata tentera AS telah mula dihantar pulang ke tanah air sebagai peralihan ke peringkat kempen yang seterusnya.

Laporan BBC menyebut, kira-kira 2,000 tentera berjaya ‘membersihkan’ sebahagian besar kawasan timur laut Syria yang dikuasai kumpulan militan itu.

IKLAN

Sanders bagaimanapun menegaskan AS dan sekutunya bersedia terbabit semula bagi mempertahan kepentingan negara itu apabila diperlukan.

AS juga akan terus bekerjasama menyekat wilayah yang dikuasai pengganas selain menghentikan pembiayaan, sokongan dan apa cara sekali pun untuk mereka menyusup masuk ke sempadan negara Syria.

Dalam pada itu Trump berkata, sudah tiba masa membawa pulang tentera AS susulan ‘kejayaan bersejarah’ mereka.

Sumber: BBC

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas