Connect with us

Oh! Media

Jom Saksikan Trailer Kedua Upin & Ipin – Keris Siamang Tunggal

upin ipin keris siamang tunggal 805x453png

Umum

Jom Saksikan Trailer Kedua Upin & Ipin – Keris Siamang Tunggal

Animasi tempatan dilihat semakin menyerlah dan membangun dengan kemunculan pelbagai siri animasi yang berjaya menarik minat rakyat Malaysia malah mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Les’ Copaque yang merupakan studio animasi yang mampu menghasilkan animasi 3D kini kembali dengan filem kedua selepas kejayaa filem pertama Upin & Ipin – Geng Pengembaraan Bermula yang dikeluarkan pada tahun 2011 dan pada tahun 2016 turut menghasilkan filem Upin & Ipin dalam dunia nyata menerusi filem Jeng Jeng Jeng.

Untuk tahun 2019, Les’ Copaque akan membawakan filem baru Upin & Ipin dengan judul – Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal. Ini merupakan sudutan trailer kedua mereka.

IKLAN

Nampaknya ada sedikit kelainan pada filem kali ini, apabila pengembaraan Upin & Ipin bersama rakan-rakan berada pada satu dimensi baru dan mereka terperangkap di dunia berkenaan. Turut kelihatan adalah watak antagonis ajaib yang boleh berubah menjadi ribuan/jutaan ekor lebah. Turut kelihatan adalah elemen zaman dahulu memfokuskan keris, bomoh, istana dan di kawasan kampung.

Pasti ramai yang tidak sabar melihat bagaimana penceritaan yang bakal di bawakan oleh Les’ Copaque dan ia akan ditayangkan di pawagam bermula pada 21 Mac 2019.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas