Connect with us

Oh! Media

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Tsunami Selat Sunda Setakat Ini

tsunami selat sunda by twitter sutopo2 e1545530151861 37m9m0th365h3z2ac35iiojpg

Umum

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Tsunami Selat Sunda Setakat Ini

Berikutan dengan kejadian tsunami secara tiba-tiba yang melanda Selat Sunda malam tadi, pihak kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat setakat ini.

Walaubagaimanapun, mereka akan terus memantau kejadian tsunami di Banten, Jawa dan Lampung, Sumatera itu dengan rapi dan memberikan maklumat sewajarnya berhubung insiden itu.

“Rakyat Malaysia yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pegawai Bertugas di talian +62 813 80813036 ,” menurut kenyataan itu.

IKLAN

Agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara pulau Sumatera dan Jawa kini meningkat kepada 168 orang.

Pada masa sama, 745 orang dilaporkan cedera manakala 30 lagi masih hilang.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas